 Blog For Free!
Archives
Home
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 November
2006 August
2005 December
2005 November
2005 October
2005 August
2005 July
2005 April
2005 February
2004 December
2004 August
My Links
This Is Islam
Islamic Forum
Blog Faaz
Blog Shas
Web Alwan
Blog Kak Maysara
Blog Al-Qadiri
Blog Wan
5 forty 2
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
|
| ... |
| 04.30.07 (5:26 am) [edit] |
|
Bila hati menghadap Tuhan,
Baru ku sedar ada kelemahan,
Terasa kerdil berbanding yang Esa,
Terharu terfikir betapa agungnya Tuhan
Ya Allah,…. Malunya aku padamu ya Allah… cepatnya aku berputus asa dari janjiMu ya Allah…lemahnya darjat keimananku…
Rasa marah, kecewa, putus asa..aku terlalu bersikap pesimis…astarghfirullah !
Mana salahnya jika aku hanya ingin menyayangi anak buahku? Aku ingin membekalkan mereka dengan ilmu agama yang secukupnya. Aku ingin mereka bersedia menghadapi hari-hari yang bakal mereka tempuhi dengan jayanya. Dan aku tahu satu-satu cara untuk mereka mampu melakukannya hanyalah melalui penghayatan agamaMu yang indah ini.
Di mana salahnya jika aku meminta bantuan pengawas Falahiah dan Maahad lilbanin yang memang aku tahu mampu menguruskan aktiviti kerohanian ini dengan jayanya! Aku, pelajar sekolah agama akan rasa lebih berbangga jika aku masih mampu berkhidmat untuk SMI At-Ta’lim, tempat aku mengenal keindahan Islam. Tapi Allah lebih tahu, Dia Maha Mengatur, setelah ke Perancis, aku kini ditempatkan di sini… menguji sejauh mana penghayatanku…
Bila hati menghadap Tuhan,
Baru ku sedar ada kelemahan,
|
|
0 Comments
|
| |
| Being a teenager |
| 03.25.07 (9:23 am) [edit] |
|
Being a teenager is the most virtuous stage of human being. This is where the inner-self discovery takes place and where the most prominent changes in physical and emotional appearence occur. Besides that, a lot of other exciting and intersting things may happen during this stage.
When you're a teenager, you will surely undergo physical changes. For exmple, boys will become more manly and will have a harsh voice. It is not an easy task adopting these physical changes, therefore emotional changes will occur simultaneously. Normally, being a teenager, you would want others especially adults to give more attention to you and treat you as an adult. Teenagers would feel depressed when others try to take control of themselves as they always think that they know what's the best for themselves. Most of the time, when depression occurs, teenagers will try to revolt by doing stupid manly thing such as smoking.
Besides that, a normal teenager would always dream of being the most prominent in whatever they're doing and get credit from it. They're self-centred and don't like to be told wrong. For me, being a teenager with this psychological feeling is crucial to gain knowledge as teenagers will make research and think critically to support their stand. This will also makes them to become a good debater iif they know how to control their emotion and sensitivity. However, teenagers must not be easily excited and extreme with their ideas and point of views because this will lead to a bad consequences.
However, being a teenager is not just about physical and emotional changes. It is also commonly known as the best stage in one'life. Theres's a quote that goes "a life is like an ice-cream, enjoy it before it melt". This quote strongly tells us that the life we lead is beautiful , cool and interesting. Teenagers should enjoy their lives and do all sort of new things to gain maturity and knowledge. By using the maximum of you time to enjoy your life, you will gain a lot of knowledge and experiences that will be useful in the future. The dire need to do something new will produce something different. When you gain knowledge differently from others, you tend to memorise it longer than others.
Also teemagers lige is not complete without a wqord called 'friendship'. During this stage, you will learn to precious one of the most important love by the name of 'friendship'. A philosopher once said "A friend in need is a friend indeed". You will meet all sorts of people and among those there will be one who will precious you true self and ut aside material possession. That person will lead you to a better life and always be next to you during your hard time.
Hence, during you teenager's life, you will learn to fight, to gain knowledge and meet a lot of competent. You will realise how difficult it is to succeed and be the best. By fighting and struggling you will face a lot of challenges and be more matured. There's a quote that says," when the going seems easy, you're going downhill" This quote means that an easy life is a zero life. When you find that you have an easy life, it means that you haven't test the sweetness of life. You need to undergo challenges and hardship in order to succeed. This is proven by one of the American top man, Coloing Powell when he says " There's no secret in success, it is only the result of preparation, hard work and learning from mistakes.
Therefore, being a teenager is surely like a cake toppings which is full of colour. You have to enjoy the toppings wholly in order to enjoy the cake. Being a teenager also make you realise that the life that you lead is not an easy task but surely the most interesting, enjoyable and precious than others. You have to think optimistly and conduct you life wholly becouse being a teenager today means being a leader of tomorrow.
|
|
0 Comments
|
| |
| berehat sebentar |
| 02.16.07 (7:44 am) [edit] |
|
salam..
macam biasa, kita sebagai manusia kena luahkan segala apa yang terpendam agar tidak mendapat tekanan perasaan. so di sinilah tempat yang terbaik cause takde org yang mengenali dan dikenali (setakat nie) yang baca.
Kejujuran dan ketegasan itu penting dalam setiap apa yang kita lakukan. tk kiralah dengan sesiapa atau di bawah mana-mana organisasi. 3 minggu lepas, badn tertinggi pengawas (BTP) telah mengambil keputusan utk membuat 'spotcheck' pertama tahun 2007. Mungkin kerana kami masih lagi mentah jadi persediaan tu tk cukup rapi. Sasaran kami ialah blok form 3...memg bayk kes ngn bebudak form 3 nie. kami memang expect dapat rampas banyak handphone...tapi sayang jangkaan kami meleset. handphone yang dapat hanyalah 1. geram sungguh. Puncanya? alhamdulilah, ketentuan Allah...mase tunggu bas semalam terdengar sorang budak cakap.."Mase spotcheck tu cikgu yang tolong sorokkan hp bebudak f 3" masyaallah. kelu rasa. kalau cikgu sendiri pun turut bersubahat..bayangkan bagaimana pula dengan organisasi-organisai yang besar. kenape? utk ape buat semua tu? nak tipu sape? Allah maha mengetahui... tujuan sy di sini bukanlah utk melepaskan geram atau rasa tidak puas hati..cukuplah dengan mengatakan saya kecewa.
Memang betul, apabila kita memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pelajar banyak yang terpaksa kita harungi. Kita tidak seharusnya bermata lesu dan berasa tertekan dengan setiap yang melanda. Sebaliknya kita harus memandang ke langit biru bersulam awanan putih dan tersenyum bangga kerana Allah amat mengasihi kita sebagai pemimpin. Bagaimana kita boleh mengaku bahawa kita termasuk di dalam kalangan orang yangg beriman sekiranya kita tdk pernah diuji..betul tk? Apabila kita mendapati sesuatu itu betul,maka kita kena berpegang dengan perkara itu. Contoh: Cinta monyet itu adalah sesuatu yang tidak berfaedah...maka jika itu yang kita pegang dan yakin dengan fakta itu, jangan sesekali undur. Mungkin kerana saya hanya mengeluarkan statement itu saya sendiri telah dipandang 'pelik'. Mungkin kerana hanya saya yang berani saman pelajar tahun lepas..maka saya dibenci oleh kebanyakan pelajar... peristiwa yang paling best..blazer kena pijak dengan orang sampai ada kesan tapak kaki, tulis "class fucker: Qistina" di papan putih, diejek oleh budak junior dan sekali tu..pernah masa nak jaga lower f 6, tgk takde budak lelaki...haha kena boikot. sebenarnya, pengalaman-pengalaman inilah yang telah mendewasakan kita.Dengan perkara beginilah kita boleh nilai sejauh mana kita jujur dengan diri sendiri.Kalaulah kita tak berani nak cakap apa yang salah dan melakukan apa yang betul semasa di alam persekolahan, bayangkan bagaimana pula kita bisa membuat satu revolusi kelak? Malaysia memerlukan revolusi..dunia memerlukan revolusi, kita perlu mewujudkan negara yang berdemokrasi. Yang manis [asal sume kenangan ini ialah saya puas dengan apa yang saya lakukan. bukan atas dasar nak guna kuasa yang diberikan tapi saya bangga dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pengawas dengan baik. mengikut [eraturan dan amar ma'ruf nahi mungkar.
setiap kali saya dibuli oleh keadaan sekitar..diejek.. fikiran sya akan melayang kepada satu ucapan yang amat menyejukkan hati saya dari seorang pelajar,"Kak mas, you are the best among the best, i will trust u no matter what they say about u" (takde tujuan nk bangga diri...) so sweet, and that words made me realise that among those fierce faces, there's still gentle ones. Lagipun, setakat nie study ok je. tahun lepas dapat no. 1 dalam kelas dan nombor 4 dan seluruh tingkatan 4. not bad. Kata-kata kesat yang dilemparkan oleh kebanyakan pelajr itu sebenarnya adalah ubat yang pahit utk kita menjadi sihat. jarang ade ubat yang manis...kalo utk budak-budak tu adela. setakat nie je la utk mase nit. ok. bertemulagi!
|
|
0 Comments
|
| |
| titipan seorang pengawas... |
| 01.22.07 (3:10 am) [edit] |
|
Dah 4 minggu sekolah. Wah..hanya dalam masa 4 minggu dah ade mcm-mcm yang jadi.Yang tak best ade...dan pastinye yang best juga ade...
Alhamdulillah, tahun nie sy dilantik menjadi timb. ketua pengawas I. Besar amanah tu... minggu ke- 3 sekolah dah ade yang buat hal.
|
|
0 Comments
|
| |
| Bara di dadaku |
| 11.30.06 (6:04 am) [edit] |
|
Syahdu merenung imbaun silam,
Lembaran sejarah tercatat gemilang,
Anggun dijulang peradaban Islam
Sinar terserlah serata bidang
Panas usah membakar dada,
Suara usah menggegar sahaja,
Kalau benar membawa cita,
Di dalam senyap kumpulkan tenaga,
Bayu semalam menghembus awan,
Indah pesona latar Negara,
Syumulnya Islam sukma tertawan,
Sinar menyerlah serata bidang
Hari ini tak payah parau bertanya,
Ketuaan dunia akan tenggelam juga,
Dalam kebodohan manusia,
Yang kian bermuka dua
Ayam bertelur sekampung tahu,
Mengapa mesti kita begitu,
Falsafah ubi diam berisi,
Mengapa tidak kita turuti
Sejarah Melaka berlalulah sudah,
Perginya gemilang tinggal hikayat,
Berbudi bahasa tiadalah payah,
Islam dijuang ke akhir hayat
Sekarang singkirkan semua bicara,
Sekarang kumpulkan tenaga raksasa,
Tiba saat berbunga merah,
Serentak mara kita bersama,
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati
Orang Aceh sedang sembahyang,
Hari jumaat tengah hari,
Pergilah kasih, pergilah sayang,
Tiba masanya mengundur diri,
|
|
0 Comments
|
| |
| Mencari diri yang dicari> |
| 08.23.06 (7:25 am) [edit] |
|
Telah tertulis suratan nasibmu, Derita buatmu ada hikmahnya, Terlukis senyum di bibir lesu, Tak siapa tahu hatimu... Mencari seorang insan yang 'ter'hilang dalam satu kehidupan yang gelap dengan warna-warni sifat prejudis manusia. Mencari kembali si dia yang dijelmakan dalam satu kalimah yang cukup ringkas lantas mempunyai seribu satu simpulan di sebaliknya . Insan yang dijelmakan dalam satu kata ringkas itu tidak pernah meminta, bahkan hanya memberi dengan penuh tanggungjawab dan rasa kasih sayang yang mendalam kerana satu kalimah yang cukup utuh untuk dibebat dengan kepalsuan . Tapi mereka ini bukan sahaja sanggup memberi, bahkan lebih dari itu. Mereka sanggup dibebankan dengan segala macam beban. YA.. mereka makhluk Tuhan yang hebat, tidak pernah meletakkan diri sendiri di hadapan kerana mereka yakin dan dapat merasai satu gabungan dariapda dua kalimah yang hebat nian yang bukan sekadar terpantul di wajah mereka, malah sudah dipahat di hati mereka < ukhwah islamiah> Tak cukup dengan itu, satu kekurangan pada mereka yang dijelmakan indah dalam kalimah ini ialah mereka semakin pupus. Ya... kerana kepentingan diri...lantaran mereka hanya mencari insan itu tanpa terlalu mengharap pada satu pertemuan di mana akan bermulanya bibit-bibit .
|
|
0 Comments
|
| |
| Bangsa toleran |
| 12.13.05 (8:14 am) [edit] |
|

SOKONG PADU ORANG CINA...Sesuatu yang unik berlaku di Pengkalan Pasir ialah apabila kira-kira 150 orang kaum Tionghua menghadiri majlis makan malam bersama calon PAS di Markaz Besar PAS di sini. Program anjuran Persatuan Buddhist Pasir Mas tersebut memang mengejutkan BN sehingga menyebabkan program yang membabitkan Timbalan Presiden MAC kira-kira 300 meter dari situ terpaksa dibatalkan.
SEMANGAT PERJUANGAN....Tokoh-tokoh Ulama PAS yang dipimpin oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bergandingan bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengiringi calon PAS Haji Hanifa Ahmad ke pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir, Pasir Mas. Kegigihan tokoh-tokoh PAS ini menjadi contoh ikutan ahli dan penyokong PAS dari seluruh negara.
tunggu Malaysia demokrasi dulu baru boleh buat undi...
|
|
1 Comments
|
| |
| Trueeee |
| 11.27.05 (8:23 am) [edit] |
|
Our Queer Lingo
When the English tongue we speak,
Why is BREAK not rhymed with FREAK?
Will you not tell me why it’s true?
We say SEW, but likewise FEW?
And why the maker of a verse
Cannot rhyme his horse with WORSE?
BEARD is not the same as HEARD?
CORD is different from WORD,
SHOE is never rhymed with FOE.
Think of HOSE and LOSE.
And think of GOOSE and yet of CHOOSE.
Think of COMB and TOMB and BOMB,
DOLL and ROLL and HOME and SOME.
And since PAY is rhymed with SAY
Why not PAID WITH SAID? I pray.
Think of BLOOD and FOOD and GOOD.
MOULD is not pronounced like COULD.
Wherefore DONE? But GONE and LONE?
Is there any reason
Known?
To sum up all, it seems to me
Sounds and letters don’t agree
hehehe...
|
|
2 Comments
|
| |
| Dilema |
| 11.20.05 (11:07 am) [edit] |
|
Wah, dh lame tk update blog nie, sejak raye dulu...Satu satu dilema yg dtg, memang rindu yang teramat sgt pd zaman persekolahan di Malaysia dulu, kekdg bila drg lagu 'Sekolahku' mesti rase sayu; teringat balik kenangan pahit dan manis semasa berjemur di pdg utk satu semester di darjah 5 kerana mewakili sekolah tersayang Gurney 1 dlm lumba lari dan lompat tinggi... dr nombor 2 turun jadi no 6 dlm peperiksaan, mase tu sedih betul tapi logikpon...mane taknye, berjemur tgh panas satu penggal, buku pun jarang ngadap sebb penat, tapi alhamdulillah membuahkan hasil apabila berjaya m'dpt tempat ke-3 utk lompat tinggi peringkat daerah, mase tu mmg best sebb jadi pelajar termuda yg m'duduki 10 tangga pertama kot, yg lain sume darjah 6. Then dpt tawan jd wakil daerah utk ke peringkat negeri, 1st pergi wat latihan, wah....teruk giler, sampai ade yg muntah- muntah & pengsan, then pastu tarik diri, pelajaran lebih penting, hehehe lgpun mase sekolah rendah, memang tk teruk blaja, byk main!!!
Then bile masuk sekolah menengah; di situ baru kenal erti perjuangan & camne susahnye kene struggle utk berjaye; kat situ mmg byk tercipta kenangan manis bersama kwn kwn n ustaz dan ustazah. Yg paling best bile ramai yg benci sebb suka report cikgu pasal cinta monyet diorang..hehehe mase tu mmg kena pulau teruk, tp memg tak elok pon cinta monyet tu, padan muka diorang..hehehe tapi skg nie suma dh baik & nampak keburukan tu...mmg tk leh nak uraikan kemanisan tu tp ye la...sekg nie kat tempat org, sume kenangan tu macam dtg menyerbu balik, bile dgr org cite pasal kenangan di malaysia, mesti rase terkilan. Tambah lg bile skg nie ade khabar angin yg kate kiteorg kena hantar blk malaysia, itu lg sedih, mmg best tp mase dpn tak tentu; dh struggled teruk2 kt sini; memang dh plan elok elok then kene blk,rase berkecai terus mase dpn...mungkin pesimis sgt kot, tp entahlah, tetiba rindu kt malaysia... skg nie dh pukul 10 lebih, selagi buku cite yg tgh dibaca nie tk habis, mesti takleh study..heheh itula fenomena aneh; kalo nk study tak yah baca buku, tapi kalu nak dpt byk pengetahuan umum kena byk baca buku, so kalo nk study, kena jadi ulat buku dan amuk sume fakta dlm buku tu dlm waktu yg cepat, rase best pulak tulis dalam bahase melayu nie, tak tau pulak kenape....manfaatkanlah mase korg yg seperti emas tu,
|
|
1 Comments
|
| |
| RAYE |
| 11.12.05 (10:34 am) [edit] |
|
jOM Raye,,,,
best btol pengalaman raye kali nie tp sayang memeng nie first time tk dpt dgr takbir raye...hari rabu tu ade projek ngan kawan yg perlu disiapkan, jd, mlm taye tu tido pukul 4 pg.....aduish, bgn dh la lambat pastu terus lari pegi stesen bas utk serahkn projek tu, family b'kumpul di rulah uncle rosland, so sy pegi naik bas....tetiba, tersesat plk, sedih btol pg raye tu...dah la hujan, habis kaju krung basah... nasib baik kiko ade, lol...jadi kesimpulannye, smayang raye dlm keaadaan seluar basah dan terlepas dgr takbir raye sebb sesat jln,

nie mase hr pertama raye di rmh uncle rosland,kk young nmpk tinggi sebab dia jengket..mdr

nie pulak kaum ibu b'sama aunty mas pd hari yg same, penuh dgn warna warni!!!

CBC mewakili Cherboug and les intellos dr Tours

kENANGAN BERSAMA KK PIJOT AND geng kak pijot dr Tours,
TU LA BEBERAPA gambo kami,

n the last one, me n my family
|
|
20 Comments
|
| |
| KENANGAN |
| 11.11.05 (10:49 am) [edit] |
|

kt Chateau...dh lame nie, saje amik wat kenangan
rindu kk pijot, kt vallon sauvage....


|
|
6 Comments
|
| |
| Remaja |
| 10.25.05 (11:43 am) [edit] |
|
Hayya…. Aku pun tak tahu macammane nak luahkan perasaan aku nie, nak kata takut berhadapan dengan masyarakat tak juga, mungkin aku cuma takut dengan bayang-bayang aku sendiri. Tak tau nak letak kat mane lagi muka aku sebagai orang melayu yang masih terlalu menyayangi bangsa sendiri tetapi terlalu kelu untuk bertindak. Inilah bangsa melayu yang memang suka mengambil benda buruk daripada luar dan memberi contoh yang baik kepada yang melawat. Yang paling aku rasa meluat ialah apabila ade remaja yang terjerumus dengan cinta monyet di zaman persekolahan, ye la akupun remaja jugak, aku pun mengalami perubahan mental dan fizikal tapi aku terlalu memahami erti cinta sehingga tak dapat untuk berfikir serendah tahap korang memngenai perspektif cinta. Bukankah sudah berkali kali ditegaskan bahawa di dalam Islam kita bercinta untuk kebaikan pencinta dan orang yang dincintai, kebaikan dan keredhaan dari Allah taala, cinta yang membuatkan kita rasa bertanggungjawab atas kesucian dan iman orang yang dicintai bukan cinta yang dihidupkan dengan….kehendak diri yang tak tahu mane hala arah tujunya…entahlah aku sendiri pun rasa macam nak muntah bile fikir pasal korang yang terjerumus dengan benda yang tak berfaedah nie….sekolah agama, cina, india, kerajaan jepun sume same shj. Surat cinta mesti melayang jugak…. Aku tak taula korang, tapi aku ade satu impian yang aku rasa korang tak dapat faham…. Aku nak cinta pertama aku dihadiahkan pada bakal peneman hidup aku, aku nak dia tahu yang aku telah menjaga cinta itu hanya agar aku dan dia dapat hidup bersama di atas titian jalinan suci di bawah keredhaan allah, kerana aku tahu bahawa itulah cinta yang sejati dan aku ingin menjadi orang yang pertama dicintai oleh bakal peneman kehidupanku kelak.
Aku tak nak rendahkan kdudukan cinta itu seperti sesuatu yang materialistik, boleh diberi pinjam dan ditukar ganti seperti fenamena remaja sekarang yang terlalu ghairah apabila mendapat surat cinta pertama dan PERASAN sehingga sanggup merendahkan martabat cinta itu serendah hati lelaki yang menghantar. Kalau betul si dia mencintai kau, pasti kata-kata semangat utk meneruskan perjuangan yang dia hantar, pasti dia sendiri cuba untuk memperbaiki kelemahan dirinya agar dapat membina mahligai indah suatu hari nanti, bukan mengikat satu perjanjian yang tidak pasti di mana akan berakhirnya noktah ikatan tersebut atau sengaja ingin membawa engakau mencipta khayalan indah di awangan kerana suatu hari nnt engkau akan rebah sendirian. Takde matangnye bile ade pakwe / makwe skg…nampak sgt mcm budak terencat akal, penalti yang hebat ialah pabila ade budak melayu yang senang senang hadiahkan pipi tempat menyambut kucupan ayahanda dan bonda pd laki gatal utk mencacatkan kesucian diri…Nauzubillahilinzal ik…..Bile fikir fikir balik aku pun kejam jugak….sanggup mengutuk bangsa sendiri, tapi aku masih lagi ade hati untuk merasa tersinggung pabile ade remaja sebangsa ku yg sanggup menconteng tahi di muka sendiri dan mengikut telunjuk barat…. Dunia ini bagaikan syurga utk orang kafir sebab lepas nit diorang takkan rasa kesenangan dah…sedangkan Allah taala menjanjikan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kelak, jadi jangan kita same same nak ikut diorang,
Takkan melayu hilang di dunia,
Takkan Islam ditinggalkan dunia,
|
|
2 Comments
|
| |
| Cintan cintun |
| 08.29.05 (12:44 am) [edit] |
|
Cinta itu bersih, Perlukah dikotorkan dengan hubungan yg belum tentu halal haramnya? Cinta itu suci, Perlukah dinodai dgn seribu kebahagiaan yg bertemankan nafsu? Cinta itu kebahagiaan, Ya kebahagiaan, bkn keresahan... Cinta itu di mana-mana, Tdk perlu dicari dan dipinta, Hadirnya dtg setulus hati pencinta
Remaja, Remaja itu liar, Suka mencuba benda-benda baru, Remaja, Remaja itu bongkak, Tak ingin menilik tingkah laku sendiri, Remaja, Remaja memang suka bercinta, Seperti monyet yg bergayutan di pokok, Bila jatuh ke tanah, Padan muka! Baru tahu langit tu tinggah ke rendah... wahahaha <Semuanya itu hanya ujian di dunia, Ia adalah mahar utk kita ke syurga,>>
|
|
2 Comments
|
| |
| ,.,.,.,.,., |
| 08.22.05 (6:56 am) [edit] |
|
Assalamualaikum,...dah lame jugak tak wat coretan, asyik main copy n paste je...jadi, skg nie rasa-rasa coret sikit kot.
sekolah start jumaat depan...cepat betul mase berlalu, bukak sekolah nie mesti pening kepala, cara pembelajaran di sini memang tak sama seperti di malaysia, nanti masuk lycee victor grignard, one of the best school in town.. options tu insyaallah dah terpilih utk europeen section, second choice mungkin computer atau b.jepun, tapi walaubagaimanapun hidup perlu diteruskan....
bercakap pasal kehidupan nie...best ke cabaran? kata org bukan hidup namenye kalo takde cabaran, org cina cakap cakap org melayu pengecut sebab takut utk berhadapan dgn cabaran, itu memang hakikat...lagipun tengok semenjak dua menjak nie, remaja melayu dah leka...adat dan budaya entah hilang ke mana...sumenye nak ikut barat, betul barat bagus, barat hebat sebab tu barat yg menguasai dunia, tapi barat juga tak sempurna....barat berjaya sebab ada di antara mereka yg sanggup bertungkus-lumus memajukan bangsa mereka...itu hanya segelintir..tgk, hanya dgn segelintir dr golongan mrk, dah jadi hebat....
kita? kita suka ikut barat...kita suka ikut pakaian barat, cara hidup barat, percakapan barat dan macam-macam jenis barat lain...kawan pun macam barat....kononnya barat hebat, perlu ikut contoh barat...alasan ape tu? barat bkn hebat sebab mrk ade style...style tu kemudian..mrk hebat sebab mrk berdepan dgn cabaran...budaya itu hanyalah utk melalaikan bangsa lain agar tidak setaraf dgn mrk...takkan umpan cacing pun kita nak makan?bangun ler wahai remaja-remaja bangsa ku....jgn berkepit ngan jantan yg sesama agama dan bangsa...conteng arang kat muka je...kalo dah gatai sgt cepat cepat kawin...tak tempah dosa...berkawan pun dan batasnya, ye la...kita suka kutuk barat dgn budaya mrk, tapi anak bangsa sendiri di bukit bintang kita biarkan....kononnya itu style masa kini....entahla...
bak kata hang tuah, takkan melayu hilang di dunia.....budaya melayu entah ke mana...
kita ade Agama, ikut agama seiring dgn budaya, insyaallah kita boleh jadi hebat lebih dr barat.
|
|
5 Comments
|
| |
| Entah |
| 07.20.05 (12:51 pm) [edit] |
|
Pelikkan, manusia memang tak boleh lari dari lumrah manusia itu sendiri. Apa yang akan Mas tulis di bawah ini mungkin akan mengguris hati sesiapa tapi biarlah, Mas langsung tak kisah (hehehe…jahat sikit nih) asalkan Mas sampaikan apa yang patut. Lepas nie kalo ade yang nak kritik Mas, silakan tapi tolong kutuk Mas depan-depan…Mas dah biasa dgn kerenah kawan-kawan yang benci Mas di sekolah dulu sebab Mas ‘SEKAT KEBEBASAN’ diorang, tapi itu tanggungjawab Mas sebagai seorg pengawas. Skg Mas jalankan tanggungjawab Mas sebagai seorg yg mempercayai pd Allah dan rasul-rasulNya dengan sepenuh hati dan juga sebagai seorang Melayu yang amat menghargai BUDAYA MELAYU itu sendiri.
Seringkali kita mengutuk budaya barat, kita cakap yang barat itu takde akhlak, perangai macam binatang…tak pandai hormat org tua….berkepit laki-perempuan….lepas tu bila org melayu yang kononnya bangga dgn adat melayu balik rumah, poster barat bergantungan di mana-mana sahaja…kita puja mrk yang kita kutuk. HAHAHAHA memang kelakar. Lepas tu kita beli sedozen coca-cola utk tgk movie tgk malam nanti. Geli hati mas tgk org melayu yang MUDAH LUPA bak kata Dato’ Mahathir Mohamad. Tak cukup dgn itu, bila bukak almari baju…byk sungguh baju yang mahal-mahal dlm almari tu…. Korang nak beli maju mahal-mahal, belila, tapi dahla mahal, tal cukup kain pulak tu, korang rasa badan korang tu buruk sgt ke sampai nak tunjuk kat jantan lain? Kalo rasa badan tu cantik, korang cover la mane yang patut tu , biar badan tu cantik dan bersih…nie tak, korang dedahkan dekat alampersekitaran yang berhabuk dan kotor dan korang sakitkan mata org lain yang terpandang. Bila jadi apa apa, kes kena ngorat…kena kejar, kena rogol…korang salahkan pihak laki. SAPE YANG GATAL-GATAL MULA DULU ?
|
|
2 Comments
|
| |
| Trip to Paris |
| 07.20.05 (11:45 am) [edit] |
|
Kawan,
Kawan,
Bertahun kita bersama,
Bagai semalam baru bersua
Kawan, di hadapan oh indahnya,
Kita bersama berkelana,
Namun kita jauh,
Di dunia SENDIRI,
BEKALAN sendiri,
IMPIAN sendiri,
Meskipun kita jauh,
Kita tetap bersama,
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan,
Hidup ini..umpama langit,
Yang tidak selalu cerah,
Kawan,
Hidup ini ...umpama awan,
Yang tidak selalu putih,
Ingatlah, bintant-bintang di langit,
Takkan terus berkelipan,
Ingatlah pelangi yang indah,
Pasti akan hilang
Oh Kawan,
Jadilah seperti si matahari,
Membakar diri demi insan sejagat,
Oh Kawan,
Jadilah seperti bulan purnama,
Menerangi malam yang gelap gelita,
Menunjukkan jalan demi umat semesta
Menunjukkan jalan demi umat semesta
|
|
2 Comments
|
| |
| Gambar2 |
| 04.22.05 (6:57 am) [edit] |
|
 
Sebenarnye, tadi ana dah buat ulasan...tetiba tanpa disengajakan ana tertekan back, sume yg ana tulis sume hilang...sabo sabo...jadi, ana letak gambar je..hehehepenat menaip dah, kalo ana ade asa ade buat balik rumusan tu
RAIHAN
 
|
|
7 Comments
|
| |
| Le bourget |
| 04.03.05 (11:38 am) [edit] |
|
Assalamualaikum,
wah...dah lame tak wat blog baru...hehehe, lepas balik dr bourget tu memang sibuk memanjang...4 exam dlm minggu yg sama...fuh..
ok, ana nak cite pasal bourget nie, bourget bie sebenarnye nama tempat di mana diadakan perjumpaan tahunan org islam di perancis dan di eropah.Ini pertama kali ana ke sini, masyaallah, pengalaman yg memenag tak boleh dilupakan..nanti insyaallah ana cite...hari nie ana letak gambar je, ok

sebelum berangkat pulang ke cherbourg,
 Kumpulan
Al-Iltisam dr palestin, masyaallah,
memang best
Nie pulak kumpulan raihan, artis nasyid undangan!!!
Tunggukan ulasan yg menarik insyaallah tak lama lagi,
wassalam
|
|
8 Comments
|
| |
| Betul @ Tidak |
| 02.26.05 (7:07 am) [edit] |
|
Assalamualaikum,
wahaha bertemu kembali kita yg tak pernah bertemu di alam nyata.
:D
Nak cite sikit nie, ana baru balik dari masjid,ini kali ketiga ana pergi lepas zuhur(biasenye pergi pukul 9 pagi setiap sabtu dan ahad) Memang betul setiap mazhab ade keistimewaannya tersediri(radhiallahuanhu m). Sepatutnya ade kelas ana ada buat presentation tapi oleh sebab sikit sgt yang dtg jadi kami pun join la usrah kat situ.Kami berbincang pasal wudhu' dan sembahyang, ana tgk macam kakak2 kat situ memang hebat la membahaskan topik tersebut ngan bebudak...masa diorang berbahas tu ana kurang campur sebab mereka ikut mazhab maliki, so ana just tgk tgk sambil sesekali mencelah...lepas tu kami sembahyang asar berjemaah...yg peliknya kakak-kakak nie sembahyang tak ikut cara yg sama...ana perasan masa diorang solat lepas azan tu...tahiyat akhir ade yg duduk mcm tahiyat awal, pastu ade lak yg duduk macam biasa pastu ade pulak yg duduk macam tahiyat akhir tanpa membengkokkan kaki kanan....
Jadi pd sesiapa yg arif tentang solat, tolong huraikan kekeliruan ana...macam mane sebenarnya diorang sembahyang???Ana nak tegur, tapi sebab mazhab berbeza takut nanti jadi perselisihan pulak sedgkan mrk sembahyang tak ikut tertib yg sama...mungkin ade sunnah ke...ade tak berapa mahir sgt ngan hukum hakam iman maliki, so sesape yg arif harap boleh tolong terangkan sikit,
Wassalam
|
|
13 Comments
|
| |
| Yahudi...Zionis |
| 02.24.05 (12:09 pm) [edit] |
|
Bismillahirramanirrahim,& nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; Assalamualikum warahmatullahiwabarakatuh ,
Dah lama rasanya blog nie tidak diaktifkan...pd sesape yg tersesat masuk ke blog nie atau sengaja masuk kat sini diharapkan agar kalian sudi meluangkan sedikit masa membaca apa yang ingin sy tuliskan di sini.
Kita seringkali mendengar perkataan antisemis (anti yahudi) merata-rata dalam dunia nie terutama di negara negara eropah, kita juga sebagai umat Islam ada menyimpan rasa benci terhadap kaum yahudi...telah banyak sejarah kaum tersebut dibangkitkan oleh Tuhan pencipta alam di dalam kitab suci Al-Quran ditambah pula dgn konflit israelio-palestine, makin tambah rasa benci kita...
Tapi adakah kita seperti pengikut NAZI di bawah Hitler yg telah mencipta satu 'kilang' penghapusan kaum yahudi secara terbuka di waktu perang dunia ke-2...yang membunuh kaum yahudi dan beberapa golongan manusia yg lain secara membuta tuli??? Yg telah dibekukan hati oleh Allah Taala untuk membezakan antara bayi yg suci fitrahnya dan lelaki yg menyalutkan tangannya dgn darah kaum lain..Yg sanggup membakar hidup-hidup kaum yahudi di dalam oven sehingga menjadi reputan tulang tulang hitam...atau yang sanggup memaksa kaum wanita berdiri di luar pd waktu malam di musim sejuk tanpa sehelai benang pun yang melekat di badan mereka?...
Secara rambangnya kita sebagai umat Islam memang benci kepada mereka...tapi sy merayu pd kalian agar dalamilah ilmu mengenai konflit antara kita dan kaum tersebut...kita tidak sekejam pengikut Hitler untuk membakar hidup hidup kaum yahudib tanpa mengira usia...tidak..agama Islam adalah Agama yang syumul, cara hidup terbaik, Allah Taala tidak membekukan hati kita untuk membezakan antara bayi dan lelaki.
Benar, di dalam Al-Quran Allah Taala byk melaknat kaum yahudi kerana sifat angkuh mereka dan kerana sifat mrk yg suka memungkiri janji, tapi Allah Taala juga telah berfirman " Sebahagian dr mereka beriman sedangkan kebanyakan dari mereka tergolong dalam golongan yg fasiq" (Ali-Imran ayat 110) Jelas di sini bahawa di dalam kaum yahudi itu masih ada lagi kelompok mereka yg beriman pd Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Nabi juga telah melarang kita sebagai umat Islam untuk memerangi mereka yg berlindung di dalam rumah dan anak anak kecik juga kaum wanita di waktu peperangan.
Islam adalah agama yang indah, yg global dan mementingkan keamanan, jgnlah kita burukkan lagi nama Islam dgn 'mulut laser' kita yg sentiasa mengutuk kaum itu tanpa usul periksa.
Alhamdulillah, Tuhan Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengetahui telah memberi peluang untuk mempelajari mengenai kaum ini pd perang dunia ke-2 di sini, saya pasti pasti ada yang tidak bersetuju sepenuhnya dgn apa yang saya bahaskan di sini, marilah kita sama sama terus membincangkan mengenai perkara ini dgn sokongan dari hadith-hadith dan ayat ayat Al-Quran.
Saya hamba Tuhan yg daif, tahun ini adalah tahun ke-16 saya dilahirkan di dunia ini dan diberi amanat sebagai khalifah di bumi ini, usia pucuk paku sy ini membuatkan saya rasa ingin menyelami dan mendalami ilmu ilmu Allah taala yg terbentang luas, sekiranya apa yang telah saya katakan di atas tidak bertepatan dgn pandangan Islam, harap agar perkara ini boleh diperbahaskan, insyaallah,
Wassalam
|
|
2 Comments
|
| |
| Sekian lama |
| 12.29.04 (10:14 am) [edit] |
|
Assalamualaikum,:shock:
Alhamdulillah, setelah sekian lama terpisah dr alam maya, kini bertemu kembali.Pd hari isnin yg lepas, ana ade pergi ke concert Raihan di Paris, insyaAllah kalau tiada aral melintang ana akan ceritakan pengalaman di sana.
Ma'assalam
|
|
4 Comments
|
| |
| Pesananku |
| 08.12.04 (4:00 am) [edit] |
Pesanku ini jadikan pembimbing, di kala hati sentiasa merindui, di wahtu kenangan lama menerjah ruang fikiran, memori silam kembali segar dibasahi air kemanisan iman.
Oh Sahabat, betapa indahnya ukhwah yang telah kita bina, tapi andainya ukhwah itu kembali kita satukan, aku yakin ia akan menjadi ukdwah yang paling indah di muka bumi ini.
Dan ketahuilah sahabatku, andainya ukhwah yang akan kita bina ini menjadi ukhwah yang paling kukuh di muka bumi Allah ini, maka aku yakin engkau pasti bersedia untuk menghadapi segala rintangan dan dugaanyang bakal kita hadapi bersama.
Ketahuilah bahawa aku sentiasa yakin padamu selagimana engkau membawaku kepada kebaikan

|
|
4 Comments
|
| |
| Menggapai Harapan |
| 08.12.04 (3:54 am) [edit] |
|
Menggapai Harapan
Oh Tuhan Yang Esa,
Berdiriku di sini,
Menanti hidayahMu,
Menanti sinar cahaya,
Untukku terus maj,
Di dalam menempuhi liku hidup ini,
Tiada apa yang ku impikan,
Tiada apa yang ku nantikan,
Cukuplah dengan kehadiranMu di dalam hidupku,
Harganya cinta-Mu,
Tidak akan ku beri,
Walau diganti dengan syurga duniawi,
Walau dijamin dengan keniqmatan hidup ini,
Sepuluh jari ku tadah,
Menyingkap kejernihan redup malam,
Dihembus bayu cinta-Mu,
Keasyikanku dalam keagunganmu,
Ampunilah diriku, Oh Tuhan
|
|
0 Comments
|
| |
| Impian Silam |
| 08.11.04 (2:47 pm) [edit] |
|

Impian Silam
Ketika suria memercik,
Membenarkan cahaya menysuri jalan ini,
Ingatan, kenangan memori kita bersama
Menerjah di ruang benakku
Sahabat,
Indahnya perjalanan itu,
Ditemani sinar suria ceria,
Pertemuan dan perpisahan kita,
Hanya kerana cinta-Nya,
Guru-guru yang dikenangi,
Tingginya jasa kalian dalam mendidik kami,
… Kini kami di sini,
Sedaya kami untuk mengenggam kejayaan,
Ya Allah,
Dengan nama-Mu yang mulia,
Aku di sini memohon pada-Mu,
Kasihilah guru-guruku,
Yang berkorban demi masa depanku,
Lindungilah sahabat-sahabatku,
Yang…..mematangkan hidup ini,
( Saya budak dah lama belajar, kalo salah tolong tunjukkan... )
|
|
2 Comments
|
| |
| Bisikan hati seorg hamba... |
| 08.11.04 (9:45 am) [edit] |
|
Bisikan hati seorang hamba,
Ya Allah, masya-Allah, lakalhamd. Mataku sudah jemu dengan irama berita yang saban hari membuatkan aku termenung panjang.
Aku tahu dunia ini hanyalah temat persinggahan...tempat perbekalan untuk ke tempat yang lebih abadi. Maka kerana itulah aku tertunduk.
Doktor, itulah cita-cita pertama yang terbit di hatiku semasa aku berumur 6 tahun. Bukan kerana kaji besar, atau gelaran Dr. atau kerana pahala yang menanti... Tapi di atas dasar tanggungjawab. Apa yang aku bayangkan di masa hadapan jauh berbeza dengan apa yang mereka bayangkan. Aku suk berfikiran jauh nun di sana, mungkin kerana itu visi aku berbeza. Di masa hadapan hidup senang, keret mewah, banglo besar, pergi haji...itu apa yang mereka bayangkan. Tapi aku...darah, suara kanak-kanak dan wanita, bom, khianat, dendam, politik...
Tapi di situ juga ada sahabat-sahabatku, keluargaku yang sentiasa bersamaku. Matlamatku besar, itulah sebabnya aku tekun belajar, agar mudah orang menerima pendapatku, agar mudah aku bergaul dengan dengan msyarakat. Kejayaanku bukanlah di dunia ini tapi di akhirat kelak. Aku rebah tersungkur di sini tidak beerti aku gagal berdiri di akhirat kelak.
Sahabat, genggamlah warkahku ini, tetapkanlah di hatimu, hulurkanlah hadiah dia buat perbekalan diriku,
Di mana bumi dipijak,
Di situ amanah dijunjung.
|
|
4 Comments
|
| |
|
Back to top
|